Rumah terbuka TerapCare meriah

in Edisi Utara by


KUALA NERANG – Kira-kira 3,000 penduduk serta ahli menghadiri majlis rumah terbuka TerapCare Aidil Fitri di Kampung Pong Utara di sini semalam.


Pengerusinya, Mohd Hamizan Hamzah berkata, majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan bagi meraikannya.


Katanya, majlis tahunan itu diadakan bagi merapatkan seluruh ahli TerapCare serta penduduk di kawasan itu .


“Majlis ini juga turut dihadiri oleh masyarakat Siam yang berada di sekitar Padang Terap dan ini menunjukkan walaupun penduduknya berbilang bangsa tetapi tetap mengekalkan kehidupan kesejahteraan.


“Semua manusia berasal dari Nabi Adam dan Hawa. Oleh itu kita tidak perlu bermusuh atas dasar bangsa dan perlu mencari perpaduan jika berlakunya pertelingkahan sesama manusia,” katanya.


Turut hadir di majlis itu ialah Penaung TerapCare, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Belia dan Sukan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris dan  bekas ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]