Semua Adun angkat sumpah hari ini

in Edisi by


KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Adun Jelai mendahului 42 Adun mengangkat sumpah di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.


Ia diikuti 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan kesemua Adun daripada BN, Pas serta Pakatan Harapan (Harapan)


Majlis angkat sumpah dijalankan di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dilantik semula, Datuk Seri Ishak Muhamad.


Sementara itu, Adun Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar juga dilantik semula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dun.


Pada PRU14 lalu, BN kekal menerajui Pahang selepas menang 25 daripada 42 kerusi Dun diikuti PKR (sembilan kerusi) dan Pas lapan kerusi.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]