Sidek tak sambung kontrak Pengerusi Petronas

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan menamatkan kontraknya pada 30 Jun selepas kontrak beliau dilanjutkan selama tiga tahun sebelum ini.


Dalam satu kenyataan, Petronas berkata lanjutan kontrak selama tiga tahun itu bermula pada 1 Julai 2015 selepas Sidek dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 Julai 2012.


Sebelum bertugas sebagai Pengerusi Petronas, Sidek berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam dan bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-12.


“Petronas ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sidek Hassan atas sumbangan dan komitmennya dalam memberikan panduan dan penyeliaan kepada lembaga pengarah Petronas sejak enam tahun lepas.


“Kami mengucapkan yang terbaik untuk masa hadapannya,” menurut kenyataan itu.


Spekulasi melibatkan jawatan tertinggi Petronas itu bertiup kencang sebelum ini apabila Tan Sri Mohd Hassan Merican dikatakan akan kembali ke Petronas sebagai pengerusi baru menggantikan Sidek.


Mohd Hassan yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dari 1995 sehingga persaraannya pada Februari 2010 mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam sektor tenaga, kewangan dan pengurusan.


 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]