Zeti kekal ahli CEP

in Nasional by


KUALA LUMPUR — Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baru dilantik, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, akan meneruskan tugasnya sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan mengenai hal ehwal ekonomi dan kewangan.


Bagaimanapun, beliau akan bekerjasama rapat dengan PNB untuk mengekalkan kemampanan prestasinya serta menyumbang kepada keseluruhan ekonomi.


“Saya akan terus menggalas tanggungjawab saya sebagai ahli CEP…kerana ia sudah separuh jalan (janji 100 hari).            


“Sudah hampir 50 hari sekarang, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan (sebagai ahli CEP),” katanya selepas menghadiri mesyuarat CEP, di Menara Ilham, di sini, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Zeti dilantik Pengerusi PNB ]


PNB mengumumkan pada Jumaat bahawa Tan Sri Abdul Wahid Omar akan digantikan dengan bekas gabenor Bank Negara itu susulan persaraan beliau yang berkuat kuasa 30 Jun.    


Zeti juga berkata beliau akan menghadiri mesyuarat pertamanya dengan para pegawai PNB tengah hari ini.      


“Mesyuarat saya dengan PNB adalah pada tengah hari ini, manakala pada paginya, saya bermesyuarat di sini (di Menara Ilham),” katanya.         


Mengenai pelan hala tuju strategik Abdul Wahid untuk menambah baik operasi PNB, Zeti berkata beliau masih belum dapat mengulasnya lagi kerana perlu diberi taklimat terlebih dahulu tentang perkara itu.


“Saya perlu mengetahui butiran terperincinya,” katanya semasa ditanya mengenai kesinambungan pelan hala tuju PNB Abdul Wahid itu.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]