Apa berlaku selepas Najib ditahan?

in Nasional by


PUTRAJAYA – Susulan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pertuduhan ke atas dirinya esok akan menjadi tumpuan utama.


Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, hari ini merupakan hari bersejarah dan kebiasaannya individu yang akan dituduh pada keesokan hari di mahkamah akan tidur dilokap.


“Hari ini merupakan hari yang bersejarah, pada kebiasaannya malam ini kena tidur dalam lokap SPRM.


“Esok kita boleh lihat apakah tuduhan-tuduhan sama ada Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah atau Amla,” katanya kepada Astro Awani.


[ ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya ]


Dalam satu kenyataan, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB berkata Najib didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]