Beregu wanita mara ke pusingan kedua

in Sukan by


BEREGU lelaki dan campuran Malaysia terkandas pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang bermula hari ini di Stadium Istora Senayan manakala beregu wanita negara Vivian Hoo-Yap Cheng Wen layak ke pusingan kedua.


Gandingan  Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas kepada beregu Denmark yang juga pilihan kelapan kejohanan  Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 19-21, 21-15, manakala beregu  campuran  Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tumpas kepada beregu  elit Indonesia yang juga pilihan pertama, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-11, 21-14.


Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menewaskan beregu Indonesia Yulfira  Barkah-Nitya Krishinda Maheswari 21-18,  21-19.


Pada pusingan kedua mereka  akan bertemu  pasangan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota yang berjaya menewaskan beregu tuan rumah Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta 21-16, 21-18 .


Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia bermula hari ini sehingga 8 Julai itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$1.2 juta.


Esok, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan memulakan cabarannya bagi acara persorangan lelaki berhadapan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus.


Bagi  acara beregu  wanita, beregu negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan bertemu  pasangan Indonesia Keshya Nurvita Hanadia


Dua beregu  campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai pula akan berentap di pusingan awal bagi memburu tiket ke pusingan kedua.


Beregu  lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga dijadual bertemu pasangan Indonesia Wahyu Nayaka Arya Pangkaruanira-Ade Yusuf Santoso. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]