BMW Group Malaysia lantik Millennium Welt Kuantan

in Bisnes by


BMW Group Malaysia telah melantik Millennium Welt sebagai wakil terbaharunya bagi jenama BMW Motorrad di Kuantan, Pahang serta rantau Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif  BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pihaknya melihat potensi yang besar untuk perkembangan di kawasan Pantai Timur bagi motosikal premium.


“Kami percaya Millennium Welt  merupakan pilihan terbaik untuk terus memperkukuhkan kedudukan kami di rantau tersebut seterusnya meluaskan lagi penawaran pengalaman premium kami kepada penggemar motosikal di kawasan Pantai Timur,” katanya.


Sementara itu, Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley pula berkata, dengan pelantikan Millennium Welt Kuantan, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai penunggang dari rantau Pantai Timur sekali gus menghidupkan semangat “Make Life A Ride”.  


“Rantau Pantai Timur  terdiri daripada jalan luas dan berangin menjadikan ia tempat yang sesuai untuk menunggang motosikal.


“Namun, lebih penting lagi, rantau tersebut menyumbang kepada penjualan lebih daripada 50 unit motosikal setiap tahun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan stabil saban tahun,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]