'Buktikan Sinar Harian putar belit berita'

in Nasional by


PUTRAJAYA – Sinar Harian mencabar seorang individu dipercayai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuktikan akhbar ini memutar belitkan berita.


Ketika berhimpun di luar bangunan SPRM malam tadi, individu berkenaan telah menuduh Sinar Harian memutar belitkan berita kononnya dengan niat mengelirukan pembaca.


Editor Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi berkata, individu berkenaan perlu membuktikan dakwaan tersebut.


Katanya, tidak guna membuat tuduhan liar tanpa mempunyai bukti yang kukuh.


“Kemukakanlah bukti jika ada atau berhadapan tindakan yang seterusnya,” kata beliau.


Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, apa yang Sinar Harian telah buat sehingga dia membuat tuduhan sebegitu.


“Siapa Hero Malaya ini ya? Meroyan betul dengan Sinar Harian. Ko dah kenapa?” tulisnya dalam twitter.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]