Exco Pemuda Umno tegur kerajaan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Exco Pemuda Umno, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa kerajaan agar peka tentang bencana dan musibah yang berlaku di negara jiran.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Qobin, berkata, jika dibanding kerajaan dahulu, mereka lebih cakna mengenai apa yang berlaku di negara jiran.


Katanya, kerana itu kerajaan sedia ada perlu peka dengan keadaan negara jiran, dan bukannya asyik sibuk berpolitik.


“Dahulu bila ada bencana di negara-negara jiran, banyak kumpulan penyelamat-penyelamat dari luar negara termasuk Malaysia ke luar dan datang membantu dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian bagi merujuk kes kanak-kanak yang juga pemain bola sepak Thailand termasuk jurulatih mereka yang terperangkap sejak sembilan hari lalu setelah memasuki gua Tham Luang di Chiang Rai.


Dalam perkembangan kes itu, Pasukan penyelamat semalam berjaya menjumpai mereka.


Mangsa ditemui penyelam Britain yang membantu pasukan penyelamat tentera laut Thailand dalam operasi mencari besar-besaran berkenaan.


[ARTIKEL BERKAITAN: 12 pemain bola sepak kanak-kanak Thailand ditemui]


Mengulas perkara itu, Qobin berkata, banyak penyelamat dari negara luar termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia, China dan Eropah datang dan memberi sokongan serta bantuan kepakaran.


“Tapi kenapa tidak kita sebagai negara jiran terdekat.


“Kita negara terdekat sedang leka berpolitik sampai lupa ambil berat dan tanggungjawab menghantar bantuan kepada mereka,” katanya.


Katanya, meskipun kita tidak mempunyai kepakaran atau tidak menghantar pasukan penyelamat dan sebagainya, sekurang-kurangnya berikanlah kenyataan sokongan dan harapan agar mereka yang ditimpa musibah ini dipermudahkan.


“Harapan saya agar kerajaan baru harus ambil peka berkenaan negara-negara jiran.


“Jangan nanti bila kita ditimpa bencana, mereka juga buat tak tahu kepada kita,” katanya.


Katanya lagi, isu-isu Palestin dan Syria juga sudah semakin kurang kedengaran.


“Perkara ini, kerajaan jangan sesekali pinggirkan kerana kita negara Islam yang sentiasa lantang bersuara untuk menegakkan Islam dan perpaduan dunia. Hal ini bukan hal politik, ini hal semasa dan keamanan dunia. Katanya,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]