Himpunan solidariti buat Najib

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Satu himpunan solidariti akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya malam ini sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, himpunan juga sebagai tanda bantahan terhadap penganiayaan yang dilakukan ke atas Najib.


Katanya, rakyat Malaysia diseru untuk menyertai himpunan tersebut semalam dua jam bermula jam 9 malam.


“Mari kita korbankan masa untuk turun ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya, sebagai tanda solidariti kita kepada Najib dan rasa kecewa kita kepada pemerintah yang zalim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Najib akan didakwa esok pagi]


Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan terhadap Najib, pada jam 2.35 petang tadi berkaitan isu SRC International Sdn Bhd. Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, Lokman turut mempersoalkan keperluan SPRM menahan Najib dan memaksanya  tidur di lokap malam ini.  


“Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri daripada proses perundangan? Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah?  


“Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Najib ke mahkamah bagi proses pendakwaan?,” soalnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]