Jamal akan diekstradisi ke KL secepat mungkin: Polri

in Nasional by


JAKARTA – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan semalam di Jakarta, akan diekstradisi secepat mungkin ke Kuala Lumpur.


Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, Insp Jeneral Setyo Wasisto berkata setakat ini suspek didapati tidak mempunyai sebarang kesalahan di Indonesia, sebaliknya hanya dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.


“Penyiasatan telah dilakukan polis Indonesia mulai dari Medan, Sumatera utara, hingga akhirnya Jamal tertangkap di kawasan Tebet, Jakarta Selatan semalam.


“Jamal kini ditahan di ibu pejabat Polis Metro Jaya Jakarta. Siasatan masih dilakukan. Jika dia tidak ada kesalahan imigrasi, dia akan diekstradisi secepatnya, mungkin hari ini juga,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Jamal akhirnya ditangkap]


[ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Yunos loloskan diri ke Indonesia?]


Semalam, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (Polri) pada 6.15 petang.


Jamal, 48, dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.


Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Jenderal Tito Karnavian dipetik media Indonesia sebagai berkata, bahawa Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan penghargaannya kepada pemerintah Indonesia berhubung tangkapan itu.


“Saya menerima panggilan telefon dari pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia tadi pagi yang menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Indonesia Joko Widodo,” katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]