KKKB jadi pilihan pelajar

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS- Seramai 130 pelajar baharu dari seluruh negara mendaftar di Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) di sini pada hari pertama sesi pendaftaran pelajar baharu dijalankan kelmarin.


Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Kepala Batas, Syahidah Ilias berkata sesi pendaftaran di Dewan Kuliah dan C-Walk kolej berjalan lancar dan teratur dengan para pelajar yang ditemani penjaga mulai tiba seawal jam 8.00 pagi.


“Jumlah para pelajar yang akan mendaftar akan terus meningkat memandangkan pendaftaran pelajar baharu bagi sesi ambilan Jun 2018 terus dibuka sehingga 12 Julai 2018.


“Bagi sesi ini, Kolej Komuniti Kepala Batas menawarkan Program Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Seni Bina, Sijil Animasi 2D, dan Sijil Mekanikal Pembuatan,” katanya.


Katanya,  pelajar perlu menyempurnakan tempoh pengajian 24 bulan bagi setiap program yang diikuti dan pelajar dikenakan yuran sebanyak RM200 bagi setiap semester.KKB jadi pilihan pelajar


“Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti yang merupakan institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menawarkan program sijil   secara sepenuh masa terbuka untuk mereka yang berminat.


“Dua sesi pengambilan dilaksanakan iaitu Jun dan Disember.  Bagi yang berminat, mereka boleh menghubungi talian 04-5792300 atau datang sendiri ke Kolej komuniti Kepala Batas,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]