Najib ditahan, Dr Mahathir di mana?

in Nasional by


SHAH ALAM – Susulan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), media masih ternanti-nantikan kenyataan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Setakat jam 11 malam, beberapa pemimpin politik seperti dua Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar memberikan respons serta kenyataan susulan kes terbabit.


Namun, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Dr Mahathir mahupun timbalannya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini berada di Mongolia.


Rafizi menerusi Twitternya hari ini berharap Najib dilayan dengan baik dan dijaga maruah sebagai seorang bekas perdana menteri.


Selain itu beliau berharap agar, bekas perdana menteri itu diadili sebaiknya oleh sistem kehakiman dan sistem keadilan yang betul-betul bebas tanpa ada perasaan marah, benci serta dendam.


Manakala Nurul Izzah turut senada dengan Rafizi dan menyambut baik usaha SPRM meleraikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang banyak membawa kerugian kepada negara.


Sebelum ini, bercakap kepada media di Jakarta, Mahathir menjangkakan Najib akan didakwa tidak lama lagi berkaitan skandal 1MDB.


Katanya, untuk membawa Najib ke mahkamah, ia memerlukan bukti cukup agar tidak gagal di mahkamah.


Selepas setahun kenyataan tersebut dilaporkan media dan kerajaan telah bertukar, hari ini Najib yang dikaitkan dengan skandal 1MDB telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah.


Apakah pertuduhan yang akan dikenakan ke atas Najib hanya akan diketahui esok di Mahkamah Kuala Lumpur?.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]