Najib tiba di SPRM

in Nasional by


PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan di rumahnya, jam 2.55 petang tadi.


Sumber mengesahkan, beliau tiba jam 4 petang menerusi pintu belakang kompleks SPRM itu.


“Iya. Ada di bawah (bilik tahanan), ” katanya.


Berdasarkan peruntukan, SPRM mempunyai masa 24 jam untuk menahan Najib.


Najib akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada esok pagi.


Pertuduhan dikemukakan dijangka berhubung dana RM2.6bilion milik SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]