Nelayan nampak kepulan asap dari rumah sendiri

in Edisi by


KOTA BHARU – Seorang nelayan baru pulang dari laut terkejut melihat kepulan asap daripada rumahnya sendiri yang terbakar dalam kejadian di Kampung Tok Sadang, Pengkalan Chepa.


Kebakaran jam 11.15 pagi itu menyebabkan sembilan sekeluarga Ismail Abdul Rahman, 76, tinggal sehelai sepinggang.


Ismail berkata, sebelum kejadian dia keluar menangkap ikan pada jam 7.30 pagi, manakala enam yang lain keluar bekerja dan ke sekolah.


Katanya, ketika kejadian tersebut, hanya cucu lelaki berusia tiga dan enam tahun yang tinggal di rumah ketika itu.


“Masa berada di tengah laut dalam jarak kira-kira empat kilometer, saya ternampak kepulan asap dari rumah menyebabkan segera pulang bimbang keadaan cucu.


“Sebaik tiba, rumah sudah musnah terbakar, namun dua cucu sudah pun diselamatkan jiran ketika mereka sedang bermain di luar kawasan rumah masa kejadian,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]