Peluang pekerjaan untuk banduan

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Inisiatif sebuah syarikat pengeluaran, Lypometal Sdn Bhd yang memberi peluang pekerjaan kepada 30 Orang Yang Di Parol (ODP) dan 20 Orang Yang Di Selia (ODS) seolah-olah telah memberi kehidupan baharu kepada mereka.


Pengarah Penjara Negeri Kedah, Timbalan Komisioner Penjara Mohd Sabri Yaacob berkata, syarikat berkenaan menjadi yang pertama di Malaysia sekaligus di peringkat antarabangsa kerana memberi peluang kepada ODP dan ODS memasuki pasaran.


Menurutnya, selain diterima bekerja, mereka juga menikmati elaun pekerjaan, kemudahan asas, pengangkutan dan lain-lain yang mampu memberi keyakinan baharu untuk memulakan hidup sekaligus mempunyai hala tuju yang jelas untuk terus berusaha memajukan diri.


Sementara itu, Pengarah Urusan Lypometal, Wong Chee Chai berkata, pihaknya bersedia menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada ODP dan ODS yang berminat untuk bekerja.


“Kita menyasarkan membuka peluang pekerjaan kepada 200 orang lagi selepas bangunan asrama siap sepenuhnya dengan kemudahan lengkap dijangka pada tahun 2020,” katanya.


Sejak 2016, seramai 350 ODP telah diterima bekerja manakala tahun 2018 adalah pengambilan kali pertama ODS iaitu mereka yang masih menjalani hukuman penjara namun dibenarkan bekerja di syarikat milik Lypometal Sdn Bhd.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]