Penghijrahan Mas Ermieyati disambut baik

in Politik by


MELAKA TENGAH – Tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin keluar Umno disifatkan sebagai tindakan positif dan keperluan mengadaptasi budaya politik baharu negara.


Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan komitmen beliau untuk memfokuskan khidmat sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah dan memainkan peranan aktif di Dewan Rakyat demi menjaga hal ehwal kebajikan dan pembangunan penduduk serta menyuarakan hak-hak penduduk dalam kawasan itu.


“Saya yakin tindakan Datuk Mas Ermieyati keluar daripada Umno dibuat berdasarkan penelitiannya terhadap perkembangan politik terkini negara pasca PRU14 dan keyakinan terhadap keperluan mengadaptasi budaya politik baru negara.


“Sebagai bekas Ketua Puteri Umno dan aktif menggerakkan parti di kawasan Masjid Tanah, saya yakin Datuk Mas Ermieyati mampu menjadi wakil rakyat Bebas yang berkesan,” katanya.


Menurutnya, peranan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas juga diharap dapat menyemarakkan budaya semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara.


“Saya juga berharap beliau dapat membantu kerajaan negeri memajukan lagi sektor pelancongan di Melaka berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai bekas Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC),” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]