Percepatkan akta kawalan dana politik

in Politik by


KOTA BHARU – Akta kawalan dana politik dan akta politik wang perlu disegerakan bagi membantu kerajaan membuat kawalan terhadap sumber-sumber wang parti-parti politik di negara ini.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apabila akta tersebut diwujudkan, maka ketelusan dana itu akan dapat dikenal pasti dan ia dimaklumkan secara terbuka.


“Kita perlu akta untuk mengawal dana politik, dari sumber mana yang menabung parti dan kerajaan perlu mengawal untuk mengelakkan daripada sumber yang dikhuatiri meragukan.


“Kedua, berkenaan politik wang, selagi ada budaya ini, akhirnya politik akan hancur,” katanya kepada media di sini.


Tuan Ibrahim ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan dan Pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]