Perkembangan positif

in Bisnes by


KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini mengesahkan syarikat penerbangan tambang rendah itu menempah 66 unit pesawat penumpang Airbus 330 neo.


Dalam catatan beliau yang terkini di Twitter, beliau turut menyatakan syarikat penerbangan tersebut mungkin akan membuat pesanan tambahan daripada pengeluar pesawat.


“(Saya) berlepas ke Airbus hari ini di Toulouse. Banyak perkara yang hendak dibincangkan. Pesawat A330 neo (dilengkapi) dengan enjin Rolls Royce. Ia (berat) 251 tan (dan) boleh sampai ke London,” katanya.


Fernandes sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, kumpulan itu merancang menambah model Airbus dengan kerangka besar dan kumpulan pesawat AirAsia X.


Ia kini memiliki 242 model Airbus, terdiri daripada 212 unit pesawat A320 dan 30 unit pesawat A330. – Bernama


 


 




 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]