Riza selesai beri keterangan selepas disiasat 9 jam

in Nasional by


PUTRAJAYA – Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.30 malam tadi.


Beliau yang hadir jam 1.25 petang tadi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana syarikat pelaburan kontroversi kerajaan, 1MDB.


Mengikut sumber SPRM, beliau diminta hadir sekali lagi jam 2 petang esok.


Riza, 41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkanĀ  filem lucah The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.


Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.


Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.


Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]