Surcaj tarif dijangka tangani kerugian TNB

in Bisnes by


PENGENALAN surcaj tarif mulai separuh kedua tahun ini menghapuskan integriti berterusan ke atas mekanisme pelepasan kos, sekali gus menyaksikan kerugian yang dialami Tenaga Nasional Berhad (TNB) dapat ditangani.


Maybank Investment Bank Research (IB) berkata, pasaran belum menerima sepenuhnya pendapatan yang mungkin turun dalam Tempoh Pengawalseliaan Kedua.


“Kami mengekalkan saranan simpan ke atas TNB dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM16,” katanya dalam nota penyelidikannya.


Pengawal selia mengumumkan rebat tarif 1.52sen/kWh di Semenanjung Malaysia sedia ada dihentikan, dan surcaj tarif 1.35sen/kWh (berjumlah RM698 juta) akan dikenakan untuk separuh kedua tahun ini.


Maybank IB berkata, ini merupakan kali pertama sejak pelaksanaan peraturan berasaskan insentif pada 2014 bahawa pengguna perlu membayar surcaj tarif, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai integriti mekanisme pelepasan kos sudah berakhir,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]