Syed Saddiq terima kritikan secara terbuka

in Sukan by


PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman bersedia menerima segala kritikan berhubung pelantikannya sebagai menteri diterima dengan hati terbuka.


Ahli Parlimen Muar itu menganggap, kritikan dan petisyen dibuat sebahagian Pemuda Harapan sebelum ini yang menuntut Nik Nazmi dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sebagai amalan yang sihat dalam demokrasi.


Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan dengan pimpinan Pemuda Harapan dan mereka menyerahkan kuasa lantikan kepada perdana menteri.


[ARTIKEL BERKAITAN:  Nik Nazmi calon sesuai menteri KBS]


“Saya tiada masalah dengan petisyen tersebut. Saya ambil kritikan dengan hati terbuka khususnya yang datang dari kawan dan lawan,”katanya.


Bagaimanapun katanya, cara terbaik menjawab kritikan tersebut adalah dengan mengatur gerak kerja terbaik di kementerian yang dipertanggungjawabkan.


“Ini bukan masa untuk cerita kejayaan saya seorang. Ia kejayaan semua apabila anak muda diberikan mandat untuk gerakkan masa depan Malaysia baharu, “katanya di Menara Kementerian Belia dan Sukan, di sini.


Syed Saddiq, 25, menteri kabinet paling muda memulakan tugasnya secara rasmi di kementerian hari ini setelah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]