Tengok ayah dah terlentang dalam bilik air: Abby Abadi

in Hiburan by
Abby Abadi

Tengok ayah dah terlentang dalam bilik air: Abby Abadi


AKTRES, Abby Abadi memerusi Instagramnya memberitahu ayahnya kini dibawa ke hospital berhampiran kerana terjatuh di dalam bilik air.


Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 41, meminta orang ramai untuk mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.


“Sahabat, saya dan suami datang rumah Mak, nak mandikan Ayah tadi.


“Suami masuk bilik ayah, tengok ayah dah terlentang dalam bilik air seorang, patah lagi tangan dan hilang upaya dah untuk bangun.


“Nak angkat berdua memang tak terangkat. Nasib ada anak beranak lain yang ramai datang tolong sama.


“Terpaksa panggil ambulan sebab badan ayah macam hilang daya langsung dan patah tangan, takleh bergerak dah. Mohon doa kalian agar segalanya dipermudahkan ya,” tulisnya di Instagram.


Rata-rata pengguna IG dan rakan artis seperti Linda Rafar dan bekas suami, Norman Hakim turut mendoakan semoga ayahnya cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]