Tercampak sebelum kena gilis

in Edisi by


PORT DICKSON – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 17.6, Lebuhraya Seremban Port Dickson (arah Seremban) di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa, S Puvaneswaran, 27, dari Senawang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dan kereta jenis Honda Civic.


“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Port Dickson menghala ke Seremban dipandu seorang lelaki berusia awal 30-an di lorong kanan lebuh raya bergesel dengan motosikal mangsa yang berada di arah dan lorong  sama.


“Akibat pergeselan berkenaan, mangsa tercampak ke atas jalan dan motosikal mangsa diseret kereta berkenaan sebelum berhenti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Ibrahim berkata, mangsa terjatuh di lorong kanan menyebabkan badannya putus serta hancur selepas dilanggar kenderaan lain yang masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.


“Pemandu kereta  Civic pula tersepit di tempat duduk hadapan sebelum berjaya dibawa keluarkan se.


“Pemandu kereta yang patah kaki kanan serta cedera di  bahagian muka dan kepala. kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban,” katanya.


Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untk dibedah siasat semalam.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pe-ngangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]