Tunggu keputusan Umno pusat

in Politik by


KULIM – Adun Bandar Baharu, Datuk NorSabrina Mohd Noor menyatakan sebarang keputusan melibatkan kedudukan Dun Kedah masih lagi dalam perbincangan.


Menurutnya, perbincangan sedang dijalankan bersama pucuk pimpinan Umno pusat dan juga negeri untuk membuat sebarang keputusan yang terbaik.


“Kita masih dalam perbincangan dengan pucuk pimpinan Umno di peringkat pusat dan juga negeri,” katanya.


Sebelum ini, Norsabrina juga pernah menyatakan keputusan yang sama dan berharap Umno Pusat dan negeri dapat mengambil langkah terbaik supaya tidak merugikan Kedah.


“Bagi cadangan wujudkan kerajaan campuran itu saya serahkan kepada pucuk pimpinan Umno negeri, dan pusat untuk berbincang apa yang perlu dilakukan untuk stabilkan negeri supaya tak berlaku kerajaan tergantung.


“Kerajaan tergantung ini susah, nanti semua tak boleh buat, minta peruntukakan apa semua tak boleh lulus ia akan rugikan negeri dan pembangunan akan terbantut,”katanya.


Terdahulu, akhbar melaporkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib menyatakan tiga adun BN yang menang pada PRU14 lalu penentu kedudukan Dun Kedah.


Adun terbabit adalah Adun Guar Chempedak, Datuk Ku Rahman Ku Ismail, Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dan Adun Bandar Baharu NorSabrina.


Ketiga adun BN ini mempunyai dua pilihan sama ada mengambil sikap berkecuali atau berdepan pilihan raya negeri (PRN).


Source: SH Politik

[featured-video-plus]