Umno lebih layak jadi ketua pembangkang

in Politik by


KUALA LUMPUR – Pas menganggap Umno lebih layak menjadi ketua pembangkang, berbanding Pas.


Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak menerima sebarang surat rasmi, tetapi lebih elok memberi laluan kepada parti yang memenangi banyak kerusi untuk menyandang jawatan itu.


Menurutnya, seperti biasa, parti mempunyai majoriti kerusi paling banyak layak dicalonkan sebagai pembangkang, namun permuafakatan antara Umno dan Pas boleh berlaku.


“Muafakat itu bermaksud duduk berbincang. Itu tidak ada masalah. Saya fikir duduk berbincang itu tidak timbul soal bincang pasal parti, tetapi isu lantik ketua pembangkang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.


Tuan Ibrahim berkata, polisi dan dasar Pas kali ini bersedia berbincang dengan mana-mana pihak bagi kepentingan negara dan berlapang dada mengambil bahagian.


Mengulas mengenai adakah beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat, katanya, pihaknya belum menerima sebarang tarikh dan perkembangan rasmi mengenai perkara itu.


Katanya, Pas akan meneruskan tradisi sebagai pembangkang yang aktif, namun ini kali pertama melihat Umno menjadi pembangkang.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]