Zahid selesai beri keterangan di SPRM

in Nasional by


PUTRAJAYA – Presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwan menyeleweng RM800,000 wang milik yayasan untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri.


Katanya, dalam sesi itu ia berlangsung sangat harmonis dan profesional.


Jelasnya lagi, penjelasan itu juga diharap dapat merungkai persepsi negatif ke atasnya berhubung isu itu.


“Bagi saya yang penting saya telah telus kepada SPRM bagi kerjasama baik dan SPRM ambil kenyataan saya dengan profseional.


“Dan tidak ada penyelewengan dari segi wang yang digunakan yayasan kerana yayasan itu dikendalikna keluarga saya untuk hal amal jariah termasuk terbukti bahawa banyak masjid didirikan maahad tahfiz begitu juga rumah anak yatim dan juga surau serta beberapa aktiviti kebajikan,” katanya dalam sidang medianya, di sini, sebantar tadi.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]