Akan minta menteri proaktif di internet

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata beliau akan menghantar mesej kepada menteri Kabinet supaya lebih proaktif dalam menerbitkan kehadiran dan latar belakang mereka di internet.


“Akan hantar mesej. Terima kasih,” katanya dalam catatan di Twitter beliau malam ini,


Beliau menjawab soalan pengguna akaun twitter @pak51271585 bahawa beberapa menteri Kabinet kurang dikenali di ruang internet dengan tiada maklumat tentang mereka.


Pengguna itu meminta Gobind untuk menghantar maklum balas kepada menteri Kabinet supaya menerbitkan kehadiran, latar belakang dan sumbangan mereka di internet. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]