Anak pemimpin Daesh maut

in Global by


KAHERAH – MESIR. Anak lelaki pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan terbunuh di bandar Homs di Syria, menurut saluran berita kumpulan militan, semalam.


“Hudayfah al-Badri maut dalam operasi ke atas Nusayriyyah (komuniti Alawite) dan Rusia di stesen jana kuasa terma di Homs,” jelas satu kenyataan.


Ia turut memaparkan imej remaja lelaki memegang senapang, namun tidak memberikan memberikan butiran lanjut.


Sehingga kini, lokasi sebenar dan keadaan sebenar al-Baghdadi masih tidak diketahui, namun pemimpin Daesh terbabit dipercayai masih hidup.


Sebelum ini, beberapa laporan mendakwa dia terbunuh atau cedera dalam serangan yang dilancarkan selepas al-Baghdadi mengisytiharkan pembentukan kerajaan khalifah di Mosul pada 2014.


Difahamkan, mesej terakhir pemimpin Daesh itu diperoleh menerusi rakaman audio berdurasi 46 minit dikeluarkan pertubuhan berita al-Furqan pada September lalu yang mana al-Baghdadi menggesa pengikutnya di seluruh dunia melancarkan serangan terhadap Barat dan meneruskan perjuangan di Iraq serta Syria. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]