Diberkas selepas disyaki bunuh lapan bayi

in Global by


LONDON – BRITAIN . Pihak berkuasa Britain, semalam menahan pekerja penjagaan kesihatan wanita yang disyaki membunuh lapan bayi dan cuba melakukan perbuatan sama ke atas enam lagi mangsa selepas siasatan ke atas kematian di unit neonatal sebuah hospital.


Siasatan digelar Operasi Hummingbird itu dilakukan ke atas bandar Chester bermula tahun lalu dan memfokuskan kematian 17 bayi di Countess of Chester Hospital antara Mac 2015 dan Julai 2016.


“Proses siasatan itu masih diteruskan. Kami akan memaklumkan perkembangan siasatan itu dari semasa ke semasa kepada ibu bapa kesemua bayi itu,” menurut kenyataan polis Cheshire dalam satu kenyataan.


Sementara itu, pengarah perubatan hospital, Ian Harvey berkata, mereka menyokong siasatan tersebut dan unit itu selamat untuk terus beroperasi.


Difahamkan, pihak hospital membuat laporan polis selepas kajian klinikal tidak menemui penjelasan muktamad terhadap peningkatan kematian dan bayi terjatuh di unit terbabit. – AFP

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]