Dua kritikal akibat bahan kimia tidak diketahui di England

in Global by


AMESBURY – UNITED KINGDOM. Polis British mengisytiharkan satu insiden besar, lewat semalam selepas seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam keadaan kritikal, berkemungkinan terdedah kepada bahan kimia tidak diketahui berhampiran kawasan Salisbury, selatan England.


“Polis Wiltshire dan pihak berkuasa lain mengisytiharkan insiden besar, selepas mengesyaki dua individu mungkin terdedah kepada bahan kimia tidak diketahui di Amesbury.


“Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke satu alamat di Jalan Muggleton, Amesbury petang Sabtu lalu, selepas seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia 40-an ditemui tidak sedarkan diri di sebuah premis,” menurut kenyataan polis.


Amesbury terletak 11 kilometer di utara Salisbury yang menjadi lokasi di mana bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia diracun agen saraf, pada Mac lalu.


Pada mulanya, pihak berkuasa beranggapan lelaki dan wanita itu mungkin di bawah pengaruh kokain atau heroin namun siasatan lanjut sedang dijalankan. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]