Hari kedua Riza Aziz beri keterangan di SPRM

in Nasional by


PUTRAJAYA – Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz kembali untuk hari kedua bagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.


Riza dilihat tiba di ibu pejabat SPRM pada 3.05 petang ditemani peguamnya, Datuk M. Kumaraendran.


Riza, 41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street yang didakwa menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.


Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.


Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.


Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.


[ARTIKEL BERKAITAN : 1MDB: Akhirnya anak tiri Najib muncul ]


[ARTIKEL BERKAITAN : Riza selesai beri keterangan selepas disiasat 9 jam]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]