Kenapa berlaku kejam pada anugerah ALLAH? : Pak Nil

in Hiburan by
Datuk Aznil Haji Nawawi

Kenapa berlaku kejam pada anugerah ALLAH? : Pak Nil


Berita kematian seorang kanak-kanak yang ditemui di dalam peti ais meruntun jiwa ramai rakyat Malaysia.  Antaranya tidak ketinggalan Datuk Aznil Haji Nawawi yang sememangnya terkenal dengan sifatnya pengasihnya terutama terhadap golongan anak-kanak.


Ini dapat dilihat menerusi Instagram Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.


“Kenapa ada yang sanggup perlakukan kekejaman pada anugerah ALLAH? Lepas satu, satu berita pembunuhan bayi dilaporkan. Wahai Malaysia, apa inisiatif dan iltizam hentikan perbuatan kejam ini?” tulisnya.


Luahan Pak Nil ini menarik perhatian pengikutnya yang turut sama merasakan kesedihan di atas kejadian ini.


Menurut laporan, bayi lelaki berusia lima bulan  yang sebelum ini dilapor hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.


Mayat mangsa,  Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh kira-kira jam 11 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat  ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku.


Difahamkan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.


Mangsa ditemui anggota polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.


“Mayat bayi ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.


“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]