Peneroka Felda tuntut wang sara hidup

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menuntut pembayaran wang sara hidup yang masih belum dilunaskan kepada peneroka.


Presidennya, Mazlan Aliman berkata, sepatutnya wang tersebut dibayar setiap 25 hari bulan, namun , sehingga kini peneroka masih belum menerima wang tersebut.


Menurutnya, beliau menerima banyak rungutan mengadu kelambatan pembayaran itu yang menjejaskan perbelanjaan bulanan peneroka.


“Saya telah berhubung dengan pengarah besar Felda memohon penjelasan. Saya juga menghubungi Tengku Maradziah, Pegawai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta menteri yang berkaitan Felda ini campur tangan.


“Seperti yang selalu saya tekankan ialah memastikan keselesaan hidup rakyat. Isu ini boleh sahaja di manipulasi, yang memberi kesan negatif kepada kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.


Untuk rekod, setiap peneroka Felda menerima antara RM1,000 hingga RM1,500 setiap bulan.


Dalam kenyataan sama, Mazlan turut mengingatkan kerajaan mengenai janji mereka yang mahu meningkatkan wang tersebut kepada RM2,000 setiap bulan.   

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]