Perketat undang-undang pusat jagaan kanak-kanak

in Nasional by


PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun mencadangkan satu garis panduan atau memperketatkan undang-undang bagi pusat penjagaan kanak-kanak dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian yang menimpa Adam Ayqal Mohd Sufi tidak berulang.


Katanya, penjaga kanak-kanak juga perlu mengikuti kursus latihan dan diberikan tauliah oleh kerajaan bagi mereka yang layak.


Beliau berharap, kes tersebut adalah yang terakhir berlaku di negara ini.


“Memilukan, berita penemuan mayat adik Adam Raykal dalam peti ais dirumah pengasuhnya. Saya berharap agar ini menjadi kes terakhir di negara kita.


“Kanak-kanak adalah pemimpin generasi pada masa depan. Semua pihak mempunyai tanggungjawab memelihara hak, keselamatan, prihatin, menghormati kesejahteraan dan kebajikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Bayi hilang ditemui dalam peti ais pengasuh ]


Semalam, orang ramai dikejutkan dengan penularan berita kehilangan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.


Mayat Adam Raykal ditemui mati di rumah pengasuhnya dalam bahagian atas peti ais dua pintu kira-kira jam 11 malam.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, penemuan bayi itu terjawab selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]