Sembilan maut bas, trak bertembung di Kenya

in Global by


NAIROBI – KENYA. Sembilan orang dilaporkan terbunuh, manakala puluhan lagi cedera apabila sebuah bas dan trak bertembung hari ini di lebuh raya sibuk di tenggara ibu negara Kenya, lapor media.


Stesen televisyen NTV melaporkan kemalangan terbabit menyebabkan api marak dan membakar kedua-dua kenderaan dalam insiden berhampiran bandar Emali yang terletak 125 kilometer di tenggara Nairobi.


Imej disiarkan akhbar Daily Nation Kenya menunjukkan sebuah bangkai sebuah trak dengan serpihan bergelimpangan di sekitarnya.


Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemalangan di Kenya meragut nyawa antara 3,000 hingga 13,000 penduduknya setiap tahun. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]