SPT peroleh kontrak RM20 juta penggantian paip air Selangor

in Bisnes by


SmartPipe Technology Sdn Bhd (SPT), anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) memperoleh kontrak bernilai RM20 juta daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk menggantikan paip-paip sedia ada di Hulu Langat dan Kuala Lumpur.


KPS dalam satu kenyataan berkata, skop utama kontrak itu termasuklah membekalkan dan memasang paip mild steel (MS), paip ductile iron (DI) dan lekapan paip politelena densiti tinggi (HDPE).


Projek itu yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan daripada tarikh permulaannya pada 9 Julai, 2018, dijangka memberi sumbangan positif kepada kumpulan KPS bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2018 dan 2019.


Ketua Pegawai Eksekutif KPS Ahmad Fariz Hassan berkata kontrak ini mengukuhkan lagi komitmen kerajaan negeri Selangor untuk mengurangkan kadar air bukan hasilnya dan mencapai pengurusan air yang lebih baik bagi melindungi kesejahteraan penduduk Selangor.


“Berbanding paip simen asbestos tradisional, penggunaan yang betul paip MS, DI dan HDPE di lokasi yang betul akan dapat banyak mengurangkan potensi berlakunya kebocoran air dan dalam masa yang sama efektif dari segi kos,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]