Stadium Temerloh lengang

in Sukan by


TEMERLOH – Suasana lengang, suram di pekarangan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) walaupun tiket perlawanan akhir Piala FA 2018 dijual hari ini.


Kaunter mula dibuka jam 9.30 pagi dan tidak seperti sebelum ini yang menyaksikan peminat beratur dan bersesak mendapatkan tiket masing-masing.


Sebanyak 5,000 keping tiket perlawanan akhir itu diperuntukkan untuk dijual di Temerloh dan daerah sekitar.


Selain di Temerloh, tiket tersebut turut dijual secara serentak di Stadium Darul Makmur hari ini.


Tiket bernilai RM50 itu akan dijual hingga jam 5 petang hari ini.


Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan finalis 2017, Pahang berdepan juara lima kali, Selangor di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]