Tentera Filipina berjaya rampas semula bandar selatan

in Global by


MANILA – FILIPINA. Tentera Filipina disokong kenderaan perisai berjaya merampas semula bandar Datu Paglas yang ditawan militan pro-Daesh selama 12 jam, menurut jurucakap pihak berkuasa, hari ini.


Leftenan Kolonel, Harold Cabunoc seramai empat anggota militan turut terbunuh manakala dua lagi cedera dalam operasi itu.


“Kami akan terus menghalang rancangan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) untuk menyemai keganasan dalam masyarakat di wilayah bergolak di selatan negara ini,” katanya.


Difahamkan, ratusan penduduk masih berada di pusat penempatan sementara dan tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan selepas tentera menemui bahan letupan diubah suai serta perangkap booby lain di bandar terbabit.


Sejak Mac lalu, tentera telah mengalihkan operasi dari Marawi di Mindanao yang dilanda konflik selama lima bulan selepas Presiden Rodrigo Duterte memberi amaran saki baki kumpulan militan tersebut masih merekrut anggota baharu dan merancang serangan ke atas beberapa bandar selatan. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]