20 hilang bot karam di Phuket

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Kira-kira 20 penumpang dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki karam di luar pantai pulau Phuket.


“Bot berkenaan dinaiki kira-kira 90 penumpang ketika insiden berlaku, namun separuh daripadanya berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat masih diteruskan,” kata jurucakap Jabatan Pengairan dan Pencegahan Bencana.


Bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Phuket dari Koh Racha.


Sementara itu, imej yang dikongsi Facebook menunjukkan pihak berkuasa sedang berkumpul di kawasan dermaga bagi menyelaras operasi menyelamat.


Tiada maklumat diperoleh sama ada penumpang terbabit adalah pelancong, tetapi lokasi kejadian adalah antara destinasi tumpuan pelancong. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]