Afieq Shazwan terkejut muzik video lesap

in Hiburan by

Afieq Shazwan terkejut muzik video lesap


BEKAS peserta Idola Kecil musim pertama, Afieq Shazwan terkejut kerana muzik video singlenya Seandainya di YouTube telah hilang.


Menurut Afieq, 21, muzik video yang telah mendapat tontonan sebanyak 450 ribu orang itu dimuat naik pada bulan April lalu bagaimanapun menyifatkan kehilangan muzik videonya itu sebagai kerosakan teknikal.


“Assalammualaikum. Terkejut rasa bila ramai yang bertanya mana perginya MV #seandainya di YouTube.


“Afieq sendiri pun agak terkejut bila dapat tahu dari mereka tak apalah anggap saja lah semua ni hanya masalah teknikal insyaALLAH everything’s gonna be fine.


“Hope ada balik lah ye amin. So guys mana yang nak layan lagu #seandainya boleh klik terus link yg ada kat bio Afieq okay, always love you guys,” tulisnya di Instagram.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]