Aishah dilantik penasihat MB bertaraf exco

in Edisi by


SUNGAI SIPUT  РKetua Penerangan PKR Perak, Siti Aishah Shaik Ismail yang menolak pencalonan sebagai Speaker Dun negeri akan dilantik sebagai penasihat menteri besar bertaraf exco.


Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pelantikan itu dibuat atas persepakatan semua parti komponen dalam Pakatan Harapan Perak, baru-baru ini yang meyakini daya kepimpinan dipunyai wanita berkenaan.


Menurutnya, perkara itu telahpun dimaklumkan beliau sendiri kepada Siti Aishah dan secara dasarnya telah menerima persetujuan semua pihak.


“Pelantikan ini akan berkuatkuasa sedikit masa lagi, surat lantikan telahpun dikeluarkan.


“Saya yakin dengan pelantikan ini, beliau akan dapat menyampaikan perkhidmatan jauh lebih baik kepada rakyat Perak secara keseluruhannya terutama golongan belia,” katanya kepada pemberita


sempena sambutan rumah terbuka Aidilfitri peringkat Bersatu Bahagian Sungai Siput, hari ini.


Selasa lalu, Persidangan Dun Perak yang bermula agak tegang selepas sesi pencalonan Speaker Dun Perak yang baharu, dipertikai.


Siti Aishah yang merupakan calon Speaker Dun Perak bagi Harapan bagi penggal ke-14 membuat keputusan menarik diri memandangkan DAP turut menghantar calonnya.


Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham kemudiannya dipilih sebagai Speaker Dun yang baharu manakala Timbalan Speaker pula,  Adun Behrang, Aminuddin Zulkipli.


Ahmad Faizal bagaimanapun menafikan, lantikan itu sebagai satu ‘pujukan’ selepas dakwaan terdapat desakan daripada satu-satu pihak agar penolakan jawatan Speaker Dun dibuat oleh Siti Aishah.


Menurutnya, sejak awal, kepimpinan parti memang berhasrat untuk meletakkan bekas calon PRU13 itu di satu tempat yang berpengaruh.


“Sebagai pemimpin muda yang bijak dan miliki sifat taat kepada parti, saya yakin beliau faham akan keputusan ini, masa depan beliau sangat cerah dan kepimpinannya akan terserlah dengan


jawatan lebih tinggi,” katanya.


Beliau berkata, buat masa ini, Siti Aishah akan membantu gerak kerja mengkoordinasi program belia di Perak.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]