Al-Shabab larang guna beg plastik

in Global by


MOGADISHU – SOMALIA. Kumpulan militan juga bimbang dengan kesan penggunaan beg plastik ke atas alam sekitar.


Al-Shabab yang bersekutu dengan al-Qaeda dan menyebabkan kematian ribuan orang awam sejak penubuhannya pada 2006 menyifatkan beg plastik sebagai ancaman serius terhadap manusia dan haiwan.


Susulan itu, kumpulan yang berpusat di Somalia itu bertindak mengenakan larangan penggunaan plastik.


Al-Shabab bagaimanapun tidak menggariskan strategi untuk menguatkuasakan peraturan tersebut malah mereka turut melarang kegiatan pembalakan yang dilakukan secara berleluasa.   


Ia bukanlah kali pertama kumpulan jihadis atau al-Qaeda menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keadaan alam sekitar.


Ketika operasi menggempur tempat persembunyian Osama Laden di Pakistan pada 2011, komando Amerika Syarikat telah menemui surat yang menggesa rakyat negara Uncle Sam itu supaya mendesak bekas Presiden Barack Obama untuk menangani ‘bencana’ akibat fenomena alam sekitar.


Kandungan surat itu juga menyatakan dunia akan menjadi lebih baik jika memerangi perubahan iklim berbanding peperangan dilancarkan ke atas Islam.


Baru-baru ini, pemimpin Taliban, Haibatullah Akhundzada turut menggesa penduduk Afghanistan menanam lebih banyak pokok. – global news


Source: SH Global

[featured-video-plus]