Anak tiri Najib sambung keterangan esok

in Nasional by


PUTRAJAYA – Siasatan ke atas anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz disambung jam 10.30 pagi esok.


Riza dilihat meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 6.40 petang sebentar tadi selepas tujuh jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana syarikat pelaburan  kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Beliau yang hadir kira-kira jam 11.10 pagi memberi keterangan untuk hari ketiga bagaimanapun dilihat keluar dari bangunan itu kira-kira jam 1.22 petang tadi dan kembali semula selepas satu jam 20 minit kemudian menyambung memberi keterangan.


Riza, 41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Picture yang didakwa menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.


Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.


Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.


Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Riza Aziz selesai beri keterangan hari kedua ]


[ ARTIKEL BERKAITAN : 1MDB: Akhirnya anak tiri Najib muncul ]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]