Asap Steamboat & Grill kini ada di Bandar Baru Bangi

in Bisnes by


RESTORAN steambot yang dikenali dengan konsep santai dan terbuka, Asap Steamboat & Grill kini memperluaskan rangkaian dengan membuka cawangan keduanya di Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, Bandar Baru Bangi.


Pembukaan cawangan kedua itu setelah Asap Steamboat & Grill di Kampung Tengah A, Puchong, yang dibuka pada 2 Disember 2016, mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelanggan.


Menurut Pemiliknya, Haron Khamis, Asap Steamboat & Grill di Bandar Baru Bangi ini di kenali sebagai Asap 2, dibuka bagi memberi pilihan sajian panggang dan steamboat buat penduduk sekitar.


“Konsep yang kami bawakan berlainan berbanding restoran steamboat lain, di mana suasana yang santai dengan konsep ruang terbuka.


“Kami mendapat keyakinan yang cukup untuk membuka restoran kedua. Tetapi cabarannya ialah mencari lokasi dan ruang yang serupa dengan Asap di Puchong.


“Premis di Bangi sebelum ini adalah medan selera yang telah diubah suai dengan mengekalkan suasana terbuka dan santai yang telah menjadi pengenalan kepada restoran kami,” katanya yang memaklumkan Asap 2 dibuka secara rasminya pada 1 Julai lalu.


Beliau menambah, harga bufet bermula RM42 bagi dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak dengan menawarkan lebih dari 100 pilihan makanan yang disediakan oleh chef yang berpengalaman dengan menggunakan resipi istimewa.


“Kita menyediakan makanan perap seperti kambing, ayam, ikan dan daging serta makanan laut dan pelbagai pilihan bebola yang dihidangkan bersama sos Asap, Thai dan lada hitam.


“Terdapat tiga pilihan sup yang disediakan iaitu Nyonya kari, sup dan tomyam,” katanya.


Beliau berkata, Asap boleh menampung  200 pelanggan dalam satu masa.


Menurutnya, sempena pembukaan cawangan kedua Asap itu, pihaknya menawarkan promosi istimewa iaitu beli empat, percuma satu untuk seorang dewasa dan promosi itu sah sehingga 30 Julai 2018.


ita beroperasi setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam dengan menawarkan parkir yang luas kepada pelanggan kami,” katanya.


Haron yang juga pengasas kepada Nurul Izzah Catering berkongsi, bahawa beliau dalam perancangan mendapatkan pengiktirafan halal oleh Jakim bagi kedua-dua cawangan Asap Steamboat & Grill.


“Kini segalanya dalam proses dan InsyaALLAH, pengiktirafan halal Jakim ini akan mempromosikan lagi makanan halal kepada pelanggan kami,” katanya.


Dalam pada itu, sebuah lagi cawangan akan dibuka sebelum penghujung tahun ini, menjadikan ia rangkaian ketiga Asap Steamboat & Grill.


“Ia masih dalam perancangan dan InsyaALLAH, lokasi ketiga ini terletak di Subang Bestari,” katanya.


 


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]