Awie akui pernah lari dari Erra Fazira

in Hiburan by

Awie akui pernah lari dari Erra Fazira


PENYANYI dan pelakon terkenal, Datuk Awie mengakui pernah cuba lari atau mengelak daripada bertemu dengan bintang yang pernah mendapat jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira.


Bagaimanapun sejauh dan sekuat mana dia cuba mengelak, namun takdir akhirnya mempertemukan mereka semula.


Malah akui Awie, 50, hubungannya dengan Erra kini juga ibarat kawan baik.


“Dunia ini ibarat roda, malah selepas lebih tiga dekad dalam industri, saya dah banyak belajar.


“Dulu bila saya kata tak mahu lagi bercakap dengan Erra Fazira, nak lari daripadanya tapi orang sentiasa cuba mempertemukan kami.


“Tapi kini hubungan kami sudah baik dan saya tidak ada masalah berkawan baik dengannya,” akuinya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah.


Tambah Awie, pengalaman lalu juga membuatkan dia tidak suka untuk membenci dan tidak memaafkan orang lain.


“Saya dah tak nak jadi poyo lagi, kalau saya kata benci marahkan orang, saya anggap diri saya bodoh.


“Bagi saya industri ini tidak besar mana kerana akhirnya nanti akan bertemu juga,” katanya


Bukan itu sahaja, dia sebolehnya enggan membuat musuh dengan sesiapa lagi dan sentiasa memaafkan orang di sekelilingnya.


Erra dan Awie pernah bertunang pada Oktober 1997 dan berpisah setahun kemudian.


Pada tahun 2014, kedua bintang ini bersikap terbuka untuk digandingkan bersama menerusi Konsert Teaterikal Suara Kita yang turut disertai Ziana Zain.


Mereka kemudiannya bergandingan untuk  Teater 3 Ratu dan seterusnya disatukan dalam filem Warna Cinta Impian.


Terbaharu, Awie dan Erra akan muncul dalam filem Hantu Kak Limah yang dijangka akan menemui penonton pada 9 Ogos depan.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]