Dilamar pelakon muda, A. Aida bakal kahwin lagi

in Hiburan by
A. Aida

Dilamar pelakon muda, A. Aida bakal kahwin lagi


PENERBIT terkenal, A. Aida, 47,  menerima kejutan istimewa apabila teman lelakinya yang juga pelakon Ariff Aziz, 29, telah melamarnya dengan menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai simbolik lamaran.


A. Aida yang atau nama sebenarnya Zaidah Awang mengakui terkejut dengan lamaran tersebut dilakukan ketika mereka berdua sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Arab di ibu kota pada Rabu.


Apatah lagi Ariff turut membawa rakannya untuk meraikan mereka sambil bermain gitar  menyanyikan lagu Surat Cinta Untuk Starla.


“Saya tidak menjangka dia nak buat kejutan di tempat awam. Terharu dibuatnya dan hampir menitiskan air mata. Apatah lagi ramai pula yang tengok.


“Apa pun, saya menganggap ini kenangan paling indah dalam hidup. Insya-ALLAH, majlis nikah akan berlangsung tidak lama lagi dan majlis resepsi pula tahun depan iaitu sempena hari jadi saya pada 20 April,” katanya kepada sebuah akhbar.


Lamaran ini dalam masa yang sama juga turut mengesahkan gosip tentang hubungan cinta kedua-dua mereka yang mula hangat diperkatakan semenjak beberapa bulan lalu.


Kata Aida, dia menerima kehadiran Arif yang juga pelakon Isteri Untuk Diiktiraf itu kerana tertarik dengan keperibadian yang dimiliki.


“Walaupun dia masih muda, tapi dia matang. Saya menyukai keperibadian dimiliki. Apa yang penting juga, dia bujang dan bukan hak orang.


“Ariff akan menguruskan majlis nikah kami. Jadi, doakan yang baik-baik dan segala urusan dipermudahkan,” ujar Aida yang berharsat untuk tampil berhijab selepas kembali bergelar isteri.


Terdahulu sebelum ini Aida pernah tiga kali  berumah tangga termasuk perkawinannya dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinannya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]