Gelombang haba ragut 19 nyawa di Kanada

in Global by


MONTREAL – KANADA. Fenomena gelombang haba di Quebec menyebabkan sekurang-kurangnya 19 maut sejak seminggu lalu ketika cuaca panas melampau melanda timur Kanada, kata pihak berkuasa kesihatan.


Menurut pengarah kesihatan awam serantau, Mylene Drouin, 12 kematian dilaporkan di wilayah timur di sini.


Lima kematian berlaku di kawasan luar bandar manakala dua lagi kematian disebabkan cuaca panas melampau direkod di pinggir bandar ini, lapor Radio Canada.


Drouin berkata, mangsa terdiri daripada golongan tua dan mereka yang mengalami penyakit kronik dan mental.


“Doa dan ingatan saya bersama insan tersayang yang maut di Quebec ketika situasi gelombang haba pada masa ini. Suhu rekod dijangka berterusan di tengah dan timur Kanada, justeru pastikan anda tahu bagaimana melindungi diri dan keluarga,” kata Perdana Menteri Justin Trudeau di Twitter.


Perkhidmatan kaji cuaca berkata, suhu meningkat menghampiri 40 darjah Celsius, namun pakar meteorologi meramalkan penurunan suhu pada hujung minggu. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]