Jangan samakan gimik saya: Nabila Razali

in Hiburan by

Jangan samakan gimik saya: Nabila Razali


PENYANYI Nabila Razali yang popular menerusi lagu Pematah Hati tidak terlepas terpalit dengan kontroversi yang menimpa Haqiem Rusli ketika ini.


Memetik laporan portal, difahamkan ada peminat penyanyi Jatuh Bangun itu menyifatkan gimik Haqiem sama lebih kurang sama dengan cara promosi Nabila.


Mengulas hal itu, Nabila berkata, gimik Haqiem tidak patut dilakukan dengan cara sebegitu kerana ia merupakan hal yang serius berbanding gimiknya.


“Cara saya lain dengan artis tersebut. Jangan menggunakan satu alasan yang agak serius untuk dijadikan gimik.


“Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main.


“Janganlah sebab isu ni, orang hentam saya pula. Gimik dan cara promosi lagu kami berlainan,” ujar Nabila kepada mStar Online.


Terdahulu, kontroversi mengenai penyanyi itu bermula sejak beberapa bulan lalu yang mendakwa dirinya mengalami depresi.


Oleh sebab itu dia juga telah membuat keputusan untuk bersara dari industri hiburan dan seni tempatan.


Dalam pada itu, beberapa rakan artis turut memberi nasihat kepada Haqiem berhubung tindakannya itu namun timbul cerita lain pula apabila dia dikatakan sekadar melakukan gimik berhubung hal tersebut sempena kemunculan single terbaharunya.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]