JKM kesan waris bayi

in Edisi Utara by


PENDANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pendang meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi yang ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan berdekatan Kampung Pulai, Tokai.


Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang, Nor Akmal Jamaluddin berkata bayi lelaki berkenaan ditemui selepas beberapa jam dilahirkan sebelum ditinggalkan di lokasi penemuan pada 25 Jun yang lalu.


Katanya, bayi tersebut kini ditempatkan dalam Perintah Jagaan Sementara di Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.


“Sehingga kini pihak JKM belum berjaya mengesan waris bayi tersebut, kerjasama dan bantuan orang ramai sangat diperlukan,” katanya.


Menurutnya, waris bayi perlu tampil sendiri ke pejabat bagi memastikan urusan berkaitan berjalan dengan baik dan lancar.


“Sebarang maklumat berkaitan waris bayi boleh disalurkan kepada Pelindung di JKM Daerah Pendang melalui talian 04-7596235,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]